Sabtu, 11 Mac 2017

(G7) JANGAN KOTORI MASJID JIKA BENAR DIDIRIKAN SEMATA-MATA KERANA TAKWA KEPADA ALLAH.

Apakah Masjid : rumah ibadah yang didirikan oleh PAS dengan meletakkan lambang PAS padanya itu adalah Masjid : rumah ibadah yang diharamkan mendirikan Solat didalamnya selama-lamanya : sampai qiamat - yang mana dulu berlakunya, kerana amat jelas Masjid : rumah ibadah berkenaan bukan didirikan atas dasar semata-mata takwa kepada Allah, melainkan (niatnya) kerana PAS !!!

A107
Dan (di antara orang-orang sesat golongan munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid (atasnama parti) dengan tujuan membahayakan (memecahkan perpaduan & keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri dengan menjadikan Masjid tempat ceramah politik - duniawi) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat mereka cipta fitnah & hasutan) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu (yang telah kembali beriman). Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". Padahal Allah menyaksikan (apa yang ada pada ghaib qalbu & akalNya), bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.
(At-Taubah 9:107)

 A108
Jangan engkau sembahyang di masjid (yang didirikan atasnama parti - duniawi) itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).
(At-Taubah 9:108)

A109
Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya (atas dasar parti - umpama didirikan) di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
(At-Taubah 9:109)

 A110
(Keruntuhan masjid) yang dibina oleh mereka yang (sesat golongan) munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh-kesah (lebih daripada yang sedia ada) dalam hati mereka, (dan tidak akan habis) kecuali (apabila) hati mereka hancur-luluh (dalam tanah setelah ditamatkan anugerh hidup). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(At-Taubah 9:110) 

A018
"Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid (rumah ibadat) itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu (Imama) seru dan (makmuma) sembah sesiapapun bersama-sama Allah.
(Al-Jinn 72:18) 
///
Ab Sheikh Yunan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAHAYA SYIRIK TERHADAP HAK-HAK MUTLAK ZAT ALLAH.

SYIRIK TERHADAP ZAT & HAK-HAK MUTLAK ZAT ALLAH. ... membersih, menyucikan diri sendiri, kaum, puak, jama'ah, pertubohan, parti den...